# 01
Muat turun Aplikasi Verify Halal™ di Apple App Store atau Google Play Store.
Peraduan Misi: Halal Possible ialah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Verify Halal™ dari 18 Ogos hingga 31 Disember 2025, bagi memberi peluang kepada syarikat mikro dan kecil yang berjaya menepati syarat peraduan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara percuma.
Pemenang yang terpilih akan menerima bimbingan menyeluruh dari awal hingga akhir proses — merangkumi latihan, khidmat nasihat, semakan dokumen, pra-audit, hingga ke permohonan rasmi — untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sepenuhnya secara percuma!
Pembangunan Kapasiti & Latihan Halal
Perundingan, Coaching & Gap Analysis
Semakan Dokumen & Data MYeHALAL
Pra-Audit Standard MS1500, MPPHM & MHMS
Bantuan Pembetulan & Laporan Audit
Fi Pemprosesan & Permohonan Sijil Halal Ditanggung
Terbuka kepada syarikat yang berdaftar dan ditubuhkan di Malaysia & memiliki Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) yang sah.
Keuntungan tahunan syarikat tidak melebihi RM15 juta.
Peraduan ini sah dari 18 Ogos sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
Setiap penyertaan hanya mewakili satu syarikat sahaja.
Penyertaan mestilah melalui borang i-Bimbing Express yang lengkap diisi.
Pembiayaan untuk fi pemprosesan & permohonan sijil Halal hanya terhad untuk satu permohonan sahaja.
Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat.
Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Muat turun Aplikasi Verify Halal™ di Apple App Store atau Google Play Store.
Buka aplikasi dan tekan poster “Peraduan Misi: Halal Possible” di halaman utama.
Lengkapkan borang i-Bimbing Halal Express yang tertera.
Tekan butang ‘Hantar’ dan siap!
Sekiranya anda memilih untuk menerimanya.